Sunday 19 February 2012

semangat baru...

20/02/2012 bersamaan dengan 27 Rabiul Awwal 1433 H....wahh..alhamdulillah...satu tarikh yang amat indah...kita di beri peluang sekali lagi untuk melihat alam ciptaan Tuhan yang tersergam indah ini...hari ini juga adalah permulaan bagi semester akhir saya di universiti tercinta ini...banyak kenangan pahit manis..suka duka yang bakal hadir yang akan membawa pelbagai cerita di penghujung semester ini nanti insyaAllah...



kepada sahabat- sahabat selamat datang ke kampus semula dan teruskan perjuangan tanpa rasa ragu dan goyah...kepada sahabat- sahabat yang mendapat keputusan yang cemerlang pada semester lepas tahniah di ucapkan...yang belum berjaya usah berputus asa...jadikan kegagalan itu satu pengajaran & pemangkin semangat untuk lebih berjaya pada masa akan datang....wahh...macam pakar motivasi pulak..wawawa...



ya...ramai di kalangan sahabat- sahabat yang punya azam baru..impian baru dan semangat baru pada permulaan semester ini...namun..adakah segala yang baru itu akan berkekalan dalam sanubari kita...tanyalah diri kita sendiri...di harapkan rakan- rakan adik kakak akan lebih bersungguh- sungguh pada semester kali ini terutama bagi pelajar- pelajar tahun akhir Jabatan Dakwah & Kepimpinan UKM..kita hanya ada beberapa bulan saja lagi untuk berjuang menimba ilmu di sini...gunakan peluang dan ruang ini dengan sebaik- baik nya...insyaAllah kita akan berjaya...& jangan lupa menadah tangan berdoa kepada Allah agar di permudahkan segala urusan kita di dunia & akhirat...akhir kata...salam ukhuwah fillah...

Thursday 12 January 2012

cerita kematian......

Assalamualaikum wbt..


dah lama rasanya tak menulis dalam blog nie..yerlah sejak akhir-akhir nie sibuk membuat persiapan untuk final exam..ermm..entry kali nie zatul nak tulis hal yang berkaitan dengan kematian pulak..kematian??ramai manusia yang gerun malah ada yang seram sejuk mendengar hal- hal kematian..apa ada dengan kematian??


ya kematian...sesuatu yg pasti..tidak ada satu pun makhluk Allah d muka ini akan kekal..malah alam fana yg trbentang luas ini juga akan turut hancur apabila tiba waktunya..kalau segala yang di dunia ini bersifat sementara dan tidak abadi maka betapa pun besarnya, ia tetap akan berakhir...jadi mengapa kita masih cinta akan kehidupan dunia lebih berbanding cinta akan kehidupan akhirat...



kematian di dunia bukan pengakhiran kehidupan manusia..namun ia adalah satu permulaan untuk kita menempuh satu kehidupan yang lebih kekal abadi.. Imam Hasan al- Basri khabarnya pernah berkata kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz, " sekiranya engkau memiliki umur Nuh, kekayaan Sulaiman, keyakinan Ibrahim, dan kebijaksanaan Luqman, maka engkau tetap akan menghadapi sakitnya kematian..di balik kematian ada dua tempat kediaman: kalau engkau terlepas dari tempat yang pertama, engkau akan berakhir di tempat yang kedua"

banyak orang salah dalam memahami kematian. dia menyangka kematian adalah pengakhiran bagi segalanya..sehingga pada saat menghadapi permasalahan hidup yang besar, dia memutuskan untuk mengakhiri hidupnya dan menjemput kematian..kenyataan ini tidak tepat..kalaulah kita tahu apa yang ada di balik kubur tentu saja kita tidak akan berfikiran seperti itu..kerana ketika kita masuk ke dalam kubur permasalahan kita yang lebih besar mungkin baru sahaja akan bermula...setelah mati kita akan menghadapi perhitungan..sekira hasil perhitungan kita buruk maka kita akan terlepas dari tempat yang pertama ( syurga), dan akan berakhir di tempat kedua( neraka) seperti yang dikatakan Hassan Al- Basri...

dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar disebutkan:

Rasulullah s.a.w bersabda, " ketika para penghuni syurga telah memasuki syurga dan para penghuni neraka telah memasuki neraka, kematian akan dibawa dan ditempatkan di antara syurga dan neraka, kemudian setelah itu ia (kematian) akan disembelih, dan sebuah seruan yang terdengar, " wahai para penghuni syurga, tidak ada lagi kematian! wahai para penghuni neraka, tidak ada lagi kematian!' sehingga para para penghuni syurga akan merasai kebahgiaan sebagai tambahan atas kebahagiaan yang mereka miliki sebelumnya, dan para penghuni neraka akan merasai penderitaan sebagai tambahan atas penderitaan yang telah mereka rasakan sebelumnya." (riwayat Bukhari)

nah sahabat-sahabat sekalian..adakah setelah kita mengetahui bahawa hidup di dunia ini ada pengakhiran kita akan terus mencintai nya dan selalu berputus asa dengan rahmat Allah...ketahuilah..Allah sangat sayang pada hamba-hambaNya yang beriman..sentiasalah kita bermuhasabah diri dan bertaubat padaNya selagi pintu taubat itu masih terbuka luas untuk kita..Wallahhua'lam..