Sunday 19 February 2012

semangat baru...

20/02/2012 bersamaan dengan 27 Rabiul Awwal 1433 H....wahh..alhamdulillah...satu tarikh yang amat indah...kita di beri peluang sekali lagi untuk melihat alam ciptaan Tuhan yang tersergam indah ini...hari ini juga adalah permulaan bagi semester akhir saya di universiti tercinta ini...banyak kenangan pahit manis..suka duka yang bakal hadir yang akan membawa pelbagai cerita di penghujung semester ini nanti insyaAllah...



kepada sahabat- sahabat selamat datang ke kampus semula dan teruskan perjuangan tanpa rasa ragu dan goyah...kepada sahabat- sahabat yang mendapat keputusan yang cemerlang pada semester lepas tahniah di ucapkan...yang belum berjaya usah berputus asa...jadikan kegagalan itu satu pengajaran & pemangkin semangat untuk lebih berjaya pada masa akan datang....wahh...macam pakar motivasi pulak..wawawa...



ya...ramai di kalangan sahabat- sahabat yang punya azam baru..impian baru dan semangat baru pada permulaan semester ini...namun..adakah segala yang baru itu akan berkekalan dalam sanubari kita...tanyalah diri kita sendiri...di harapkan rakan- rakan adik kakak akan lebih bersungguh- sungguh pada semester kali ini terutama bagi pelajar- pelajar tahun akhir Jabatan Dakwah & Kepimpinan UKM..kita hanya ada beberapa bulan saja lagi untuk berjuang menimba ilmu di sini...gunakan peluang dan ruang ini dengan sebaik- baik nya...insyaAllah kita akan berjaya...& jangan lupa menadah tangan berdoa kepada Allah agar di permudahkan segala urusan kita di dunia & akhirat...akhir kata...salam ukhuwah fillah...

No comments:

Post a Comment