Wednesday 2 January 2013

hargailah hidup.......





hati yang kecewa..... ingatlah Allah..Allah selalu bersamamu.........

semua orang pernah merasa kecewa...semua orang selagi yang bernama manusia pernah merasai kesedihan...kadang- kadang kesedihan yang di alami bertimpa- timpa tanpa sempat untuk kita bersedia menghadapinya....namun...apakah jalan yang perlu kita ambil apabila kita berhadapan dengan perasaan sedih dan kecewa ini? adakah kita perlu menyalahkan takdir di atas semua kekecewaan yang kita tanggung?


saat menghadapi sesuatu yang mengecewakan dan menyedihkan..ramai yang tersungkur dan mengeluh dengan nasib yang menimpa...kita sedih kerana apa yang kita mahu dan hajati tidak dapat kita genggami...kita bersedih kerana apa yang kita miliki hilang dari hidup kita....

namun...sedarkah kita sahabat..bahawa apa yang hilang daripada kita sebenarnya apa yang telah Allah pinjamkan untuk kita....Allah berkuasa untuk mengambilnya bila- bila masa sahaja dari kita...layakkah kita sebagai hamba Allah untuk mempersoalkan dan menyalahkan Allah atas kehilangan sesuatu daripada kita? 

sahabat...sungguh dunia ini hanya sementara...usah bazirkan waktu untuk mengenang sesuatu yang hilang dari hidup kita sehingga kita lupa untuk apa kita diciptakan di dunia ini....sungguh Allah itu Maha Penyanyang ke atas hambaNya...Dia memberi kita ujian kerana Dia mahu kita sentiasa berada dekat denganNya...Dia rindukan hambaNya...Dia ingin hambaNya mengerti bahawa  Dia tidak pernah jauh.......Allah itu lebih sayangkan kita jauh mengatasi sayang ibu bapa kita kepada kita....

sahabat...bangunlah....hadapi kesedihan ini dengan tabah...selalulah mengingatinya..sesungguhnya dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang...hapuskanlah air mata kedukaan mu.....sesungguhnya kesedihan yang engkau alami tidak setara dengan nikmat yang Allah kurniakan padamu...justeru itu bersyukurlah!  

No comments:

Post a Comment