Thursday 29 December 2011

bangsaku oh bangsaku...

Di saat ini, di kala ini aku terpana dan terpaku seketika berfikir apakah nasib bangsaku, anak- anak, dan cucu cicit ku 20 hingga 30 tahun akan datang..bolehkah bangsaku maju dari sudut intelektual mahupun spritual? adakah bangsaku masih menjadi satu bangsa yang bermaruah dan berdaulat ataupun sebuah bangsa yang semakin diperkecilkan dan di hina oleh bangsa-bangsa lain? persoalan itu sentiasa bermain di mindaku..bagaimanakah jika satu hari nanti bangsa Melayu ini akan menjadi hamba di bumi sendiri?perkara seperti ini kadang kala membingungkan sanubari ku..



saban hari pelbagai perkara negatif yang dikaitkan dengan bangsa Melayu..kita lihat saja di media- media kita kebanyakannya menyiarkan berita- berita yang mencalar dan mencacatkan maruah bangsa melayu..adakah ini yang kita mahu dari bangsa melayu? bangunlah bangsaku..jangan terus hanyut di dalam angan-angan dan lena yang panjang..

bangsa melayu mewakili agama Islam di negara ini..cacat nama bangsa Melayu maka cacat jua lah tanggapan orang terhadap agama Islam..maka jagalah nama baik bangsa sekaligus nama baik agama itu sendiri wahai bangsa yang bermaruah..bangkitkan semula zaman kegemilangan kita..bersatu padulah..jangan berpecah belah..kerana perpecahan itu hanya akan mendatangkan malapetaka jika tidak di kawal dengan rapi..



wahai bangsaku..betapa aku sayang terhadap bangsaku ini..aku tidak ingin bangsaku terus tenggelam dengan arus pemodenan yang serba mencabar ini...aku tidak ingin maruah bangsaku di injak- injak sesuka hati..berpijaklah di bumi yang nyata..jangan sesekali menoleh ke belakang..



Firman Allah Taala:


" sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubahnya". 
( Ar- Ra'ad : 11)

~bangsaku oh bangsaku~

Tuesday 20 December 2011

uruslah " pedang'' mu dengan baik....

salam ukhuwah blogger2...alhmdulillah..apa khabar anda semua...dah lama saya tak update entry dalam blog saya nie..rinduu pulak rasanya...hihi..mesti anda tertanya2 kan apa sebenarnya yang saya ingin luah kan dari hati saya pada entry kali niee khusus utk anda...ermmm..."pedang"??..mcm bahaya jerk bunyi nya...kih3...tahukah anda apa yang saya maksudkan dengan "pedang" di sini?? kenapa pulak kita perlu uruskan "pedang" kita dengan baik??ahha..saya tahu mesti kepala anda tengah dok pikir apalhh yang saya dok merapu nie...jeng3x.....


ya....betul...sahabat2 memang bijak- bijak belaka..."pedang" yang saya maksud kan di awal entry saya ini adalah berkaitan dengan 4 huruf iaitu M . A . S . A ....kenapa saya samakan perkataan ini dengan masa?? kerana saya mengambil dari pepatah arab yang mengatakan " masa ibarat pedang..jika kamu tidak memotongnya maka dia akan memotong kamu"...nahh...hebatkan kuasa masa...namun ada yang memandang ringan berkaitan dengan pengurusan masa ini..

            MASA adalah anugerah daripada Allah. Ada yang menggunakan masa dengan baik, dan ramai juga yang tidak memanfaatkannya dengan baik...seumur hidup kita sangat berkait rapat dengan masa..sebab itu Rasulullah s.a.w sangat menekankan supaya umatnya merebut peluang dengan menggunakan masa yang ada sebelum kesibukan datang menjelma..

ramai di antara kita tidak pandai menguruskan masa dengan baik..tidak kira dia seorang pelajar, guru, pegawai, menteri, dan sebagainya..kita ambil contoh dlm kehidupan seorang pelajar..< sebab saya pun student, senang cikit..hihi> pelajar yg cemerlang adalah pelajar yg pandai menguruskan masanya dengan baik...tak caya??cubalah tanya dengan pelajar2 cemerlang..kebanyakan mereka adalah terdiri daripada orang2 yang sangat mematuhi jadual harian yang telah mereka tetapkan...< try lahh wat pilot test>hihihi...pelajar yg cemerlang tidak akan mensia2 kan masa mereka yang ada...mereka akan menggunakan masa dengan sebaik2 nya..semua pekerjaan akan di lakukan pada setiap awal waktu seperti tido awal,bangun awal, mandi awal, solat awal, pegi kelas awal dan sebagainya lahh yang awal2..

mungkin anda terbiasa mendengar kata-kata ini.."gagal untuk merancang bererti anda merancang utk gagal"...berapa ramaikah daripada kalangan kita mengaplikasikannya dalam hidup??adakah anda rancang apa yang anda buat minggu ini,hari ini, waima sejam yang lalu?? tak payah jawab saudaraku...saya tak perlukan jawapan anda...=)

pengalaman saya sepanjang menyertai pelbagai organisasi dan bergaul dengan bermacam2 orang <walaupun tak seberapa berbanding dengan pengalamn anda...hihi> saya melihat ramai yang tidak pandai menghargai dan menghormati masa..bukan saja tidak pandai menguruskan masa sendiri tapi juga tidak pandai untuk mnghormati masa orang lain..meeting datang lambat,janji pukul 8 datang pukul 10...adakah ini yang kita harapkan untuk memimpin pada masa akan datang?

 saya pernah terbaca kata- kata Saidina Ali yang mengungkapkan satu kata2 yang cukup bermakna dalam soal merancang. beliau berkata, " kebenaran tanpa perancangan akan di tewaskan oleh kebatilan yang berperancangan". cuba anda teliti dan fahami apakah makna yang tersirat di sebalik kata- kata ini?

ya...memang benar..ia berkaitan dengan kebenaran dan kebatilan..tidak kira sehebat manapun anda, sebijak manapun pemikiran anda, seunggul mana idea yang anda keluarkan tetapi apabila tiada perancangan maka segala- galanya adalah sia- sia..semuanya ditewaskan oleh kegagalan dan kecundang. kegagalan tidak perlu di rancang..apabila anda berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa, bermakna anda sedang merancang dengan "penuh tekun" untuk gagal...oleh itu uruslah "pedang" anda dengan baik dan rancanglah sebelum memulakan hari- hari anda..

rasanya tak lengkap pulak entry saya nie kalau tak letak ayat yg berkaitan dgn masa..^_^


In the name of Allah, Most Gracious, Most Compassionate

1- By the Time
2- Most surely mankind is in loss. 
3- Except those who believe, and do righteous deeds, and they connect on the Truth 
and they connect with Sabr


insyaAllah we will see in the next entry...Wallahhu'alam..







Sunday 11 December 2011

perkara terbalik di sekeliling kita

salam mahabbah semua...apa khabar iman anda hari ini..=) kita selalu mendengar ustaz ustazah atau penceramah- penceramah berkata yang agama Islam itu syumul..tp adakah kita benar- benar memahami apakah yang di katakan dengan Islam agama yg syumul..apa yang kita perhatikan dewasa ini ramai di antara kita sudah tidak dapat membezakan antara adat dan ibadat..mereka beranggapan bahawa adat itu adalah sebahagian daripada ibadat.. di dalam penulisan kali ini saya mengajak rakan- rakan bermuhasabah, menilai dan menghitung amalan yang kita lakukan sehari- harian..kadang- kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut kita lakukan sebagai umat Islam..mungkin kita tidak sedar atau telah terikut- ikut dengan budaya hidup orang lain. perhatikan perkara- perkara berikut sebagai contoh amalan terbalik yang jarang kita ambil tahu:-


----> amalan kenduri arwah beberapa malam yang di lakukan oleh keluarga si mati selepas berlaku kematian (malam pertama,ke-2,ke-3,dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang di anjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati utk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka..namun apa yang berlaku, sudahlah keluarga tersebut di timpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan untuk merekayang datang membaca tahlil..tidakkah kita khuatir kalau- kalu kita termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yg berhak?


----> lain pula halnya dengan menghadiri kenduri kahwin, kita kerap salam berisi..kalu tak ada duit nak di kepit daalm tangan, maka segan nak pergi makan kenduri kan? tapi kalau nk ziarah orang mati, tak segan pulak salam tak berisi..sepatutnya kalau menziarah keluaraga si matilah kita patut bagi sedekah..kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk di beri makan, bukan untuk menambah pendapatan..terbalik kan??


---->ada satu lagi perkara yang selalu kita terlepas pandang iaitu ketika kita menghadiri majlis pemimpin negara bukan main lagi kita berpakaian cantik, kemas dan bergaya senang cerita nya cun melecun lah..tapi.....bila menghadap Allah baik di rumah mahupun di masjid, pakaian lebih kurang saja..bahkan ada yang tak berbaju..bukankah ini sesuatu yang terbalik??

----.>perkara yang keempat, kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di jamu dengan pelbagai makanan, kita rasa segan nak makan sampai habis kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang di tuntut dibanyakkan makan dan dihabiskan kalau mampu supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir..


---->perkara yang kelima yang saya suka nak sentuh di sini ialah, cuba kita bandingkan solat sunat di masjid dengan solat sunat di rumah..mana satu tempat yang kita rajin nk buat solat sunat..saya yakin dan percaya majoriti di antara kita akan menjawab kita akan rajin buat solat sunat di masjid..mengapa berlakunya keadaan yang sedemikian..sedangkan sebaik- baik nya solat sunat hendaklah banyak di lakukan di rumah seperti yang di anjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak..


---->seperti yang kita ketahui, bulan puasa adalah bulan untuk mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan, tetapi apa yang berlaku kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam didapati perbelanjaan pada bulan puasa adalah yang tertinggi setiap tahun. bukan kah sudah terbalik amalan kita?



---->selalu kita perhatikan kebanyakan orang akan buat kenduri sebelum bertolak ke Mekah, tapi bila dah balik tak buat pun kenduri..anjuran kenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari musafir, bukan kerana nak musafir..bukankah amalan ini sudah terbalik..atau kita mempunyai niat yang lain?? tepuk dada tanya lah iman..

---->apa yang selalu di perhatikan selama ini ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak ke tempat tusyen kerana bimbang anak- anak mereka gagal peperiksaan walaupun menelan belanja yang banyak.. tapi kalau anak tak pandai baca al- Quran dan Solat, tak bimbang pulak bahkan tak mahu hantar anak tusyen baca al- Quran atau kelas khas mempelajari Islam..kalau guru tusyen sanggup di beri RM 20.00 utk satu matapelajaran tapi untuk Tok Guru Quran nak bagi RM 15.00 pun menggeletar tangan..apa nak jadi dgn kita kan??kita sepatutnya bimbang kalau anak- anak kita tak pandai baca Quran berbanding dengan tak lulus periksa..hai..terbalik-terbalik..kesimpulannya di sini..kedua- dua nya harus di seimbangkan..


---->perkara yang seterusnya ialah kalau kita bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang..kita mesti pergi kerja. hujan atau ribut mesti pergi kerja..tapi kalau ke nak rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid..sungguh rasa tak malu kita sebagai hamba Allah..rezeki Allah di minta namun nak ke rumahNya pun malas...=(


---->ada satu lagi perkara yang selalu para wanita yang telah bergelar isteri terlepas pandang..(walaupun saya blum berkawin)..ihihi..tapi saya selalu perhatikan ada di antara para isteri bila nak keluar dari rumah sama ada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias..tetapi kalau duduk di rumah..MASYAALLAH..org tngok pun mcm tak lalu jerr..sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya..bukan berhias utk org lain..perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga akan hilang serinya...hihi..nie pndapat saya lhh..

apa-apa pun yg kita lakukan di dunia nie biarlah di landasan yang betul..dan jgn hanya mengikut mmbuta tuli..maka penting utk kita beramal dgn ilmu..oleh itu tuntutlhh ilmu agama di samping ilmu2 yang lain sebagaimana hadis daripada Abu Darda' ra, katanya : " saya mendengar Rasulullah saw bersabda: " keutamaan orang berilmu ke atas orang beribadat adalah seperti keutamaan bulan atas bintang- bintang yang lain". ( Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)












Saturday 3 December 2011

perjalanan hidup ku........

salam mahabbah blogger2 semua......alhamdulillah...marilah kita sama2 merafakkan setinggi- tinggi kesyukuran kita kepada Allah SWT yang masih memberi kesempatan kepada kita selaku hambaNya untuk menghirup udaraNya secara percuma..masih di beri peluang untuk melihat keindahan alam ciptaan Nya yang juga satu pemberian yang percuma..kadang2 terlintas di hati sanubari ini bagaimana mungkin dapat membayar segala pemberian Allah yang Maha kaya lagi Maha Agung ini..terasa diri begitu kerdil di hadapanNya..
suatu ketika dahulu..impian ku hanya satu.......ingin menjadi seorang doktor perubatan..namun kita hanya merancang, dan Allah juga punya perancangan tetapi perancangan Allah jualah yang terbaik buat kita..jalan hidupku tidak mentakdirkan aku untuk menjadi doktor perubatan namun Allah telah memberi peluang kepadaku untuk mendalami ilmu agama..alhamdulillah..sesungguhnya segala yang berlaku pasti ada hikmahNya..Allah mengatur segala perjalan hidup kita dengan begitu sempurna sekali..akhirnya aku dapat mendalami ilmu agama sedikit demi sedikit..dalam perjalanan mengapai redhaNya pelbagai dugaan, onak dan duri yang aku harus tempuhi namun hati ini harus kuat sekuat karang di lautan dan setegar lalang yang tidak tumbang di tiup angin badai..
kini harapanku hanya satu..ingin melihat bangsaku menjadi bangsa yang bermaruah, umat Islam menjadi umat yang di segani dan dihormati oleh penganut agama lain seperti suatu ketika dahulu.....Ya Allah..hamba memohon padaMu dalam setiap hembusan nafas hamba.....wahai Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.....




Sunday 9 October 2011

sahabat yg selalu di lukai..

satu ketika dahulu..kita brkenalan..kita brkawan..ke mana pergi kita selalu bersama..kita selalu berkongsi cerita, rasa suka & duka..sehingga menjalinkan sebuah persahabatan yg tidak mungkin ada noktah nya..
namun kini...persahabatan yg di katakan akan berkekalan hingga ke akhirnya dilanda dugaan dan cubaan..kita terpisah jauh..tiada lagi senda gurau seperti dulu..tiada lagi berkongsi rasa seperti dulu..masing2 membawa haluan sendiri..
tidak tahukah dikau duhai sahabat..aku merindui saat2 indah bersama seperti dulu..aku rindukan seorang sahabt yg setia menemani ku dlm susah & senang..aku juga merindui seorang sahabat yg selalu menasihatiku di kala aku tersasar dari landasan hidup yg sebenar..
dimanakah sahabat ku yg dulu..aku kini benar2 rasa keseorangan dan kesepian..hanya Tuhan tempat ku mngadu segalanya..aku berharap satu saat nanti engkau akan mengerti betapa rindunya aku pada saat kita bersama suatu ketika dulu..sahabat..kenangan yg kita lakarkan bersama akan selalu ku semat di dalam sanubariku hingga Tuhan menjemputku..semoga ukhuwah yg kita pernah bina selama ini menjadi penghapus dosa kita..sungguh aku rindu padamu sahabat..

 “Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (H.R al-Hakim)
‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
sekerat akar mampu ku hulur padamu
disaat dikau terkapai dan kelemasan
di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
katamu kau tak bisa berenang kesana
engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
setelah aku mendengar lirih ratapmu
harumnya sekuntum melati di embunan pagi sewaktu kita melewati
sebidang perkebunan persahabatan
tersasar aku di dalam mentafsir aksara jujur dan ketelusan yg terpamer d wajahmu
terlalu naif untuk ku fahami
metafora puisi dusta dan personafikasi
sukarnya untuk aku membuktikan kebenaran yang berpihak padaku
kerna peluang langsung tiada padaku 
sedarlah aku erti senyuman ada dendam yg tdk pernah padam
pada lirik matamu ada pedang tajam yang menerjam...

Friday 7 October 2011

senyumlah...^_^




hari yang indah..alhmdulillah kita masih di berikan oleh Allah untuk melihat keindahan alam ciptaanNya..betapa bertuah nya kita di lahirkan dalam keadaan yang serba smpurna serta di takdirkan pula hidup dalam agamaNya tanpa perlu kita bersusah payah utk mncari sinar hidayah itu..sayang kan Allah pada kita..
ihihi..hari yang indah ini haruslah kita mulakan dengan memuji kebesaran Allah dan jangan lupa lakarkan sebuah senyuman untuk diri sendiri..walau seberat manapun ujian dan dugaan yang Allah datangkan buat kita TERSENYUMLAH..kerana tidak semua orang yang di timpa kesedihan dan kesakitan mampu TERSENYUM..hanya orang yang benar-benar kuat, tabah serta redha dengan ketentuan Allah mampu TERSENYUM..kerana itu tahanlah keluhan dan bersabarlah..ingatlah bahawa semua yang hilang itu memang bukan milik kita. semua merupakan milik Allah dan  telah kembali padaNya..ya..bersabarlah pada waktu bencana menimpa meskipun kita sampai berasa kelelahan di sebabkan kesabaran itu..kelelahan kita saat bersabar di tengah musibah yang besar tidak akan sia-sia.."sabar adalah tegar bersama Allah dan menghadapi ujianNya dengan lapang dada dan tenang." Amr bin Utsman al- Makki..justeru itu TERSENYUMLAH wahai sahabatku..^_^ -semut sulaiman-

bermulanya di sini..=)

07/10/2011-alhamdulillah tarikh yang bersejarah perasmian blog saya ini..^_^ sebenarnya semut sulaiman nie di adaptasi dari sebuah kisah yang berkaitan dengan seekor semut yang menjadi penghuni syurga..kisah nya begini..

-------> pada suatu hari, baginda Nabi Sulaiman as melihat seekor semut tengah mengangkat sebutir buah kurma.. kemudian baginda bertanya kepada semut tersebut, " Wahai semut kecil, untuk apakah kurma yang engkau bawa itu?" tanya Nabi Sulaiman as.

Sang semut menjawab, " Wahai Baginda Raja, ini adalah kurma yang Allah SWT berikan kepadaku sebagai makananku selama satu tahun".

Baginda Nabi Sulaiman as kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada semut, "Wahai semut, kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini..Aku telah membagi dua kurma ini dan aku berikan separuhnya kepadamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan melihatmu kembali."

SEMUT MENTAATI RAJA SULAIMAN AS..

---------> sang semut taat pada perintah Nabi Sulaiman as. Setahun telah berlalu, baginda Sulaiman as datang untuk melihat keadaan sang semut. Baginda melihat kurma yang diberikan kepada sang semut itu tidak banyak berkurang. Baginda Sulaiman as bertanya kepada semut kenapa kurma yang hanya separuh itu tidak habis selama satu tahun.

" Wahai semut, mengapa separuh kurma itu tidak habis selama setahun?" tanya Baginda Sulaiman as.
"Aku selama ini hanya menghisap airnya saja dan aku banyak berpuasa," jawab sang semut.

Kemudian sang semut melanjutkan penuturannya.
"Selama ini Allah SWT yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi baginda Sulaiman as telah memberiku hanya separuh saja. Aku sangat takut bila tahun depan engkau tidak memberiku lagi kurma kerana hanya Allah sajalah Yang Maha Pemberi," jelas sang semut.

"Benarlah apa yang telah engkau katakan wahai semut," jawab Nabi Sulaiman as yang kemudian beristighfar.

Nabi Sulaiman as langsung beristighfar dan bertasbih memuji nama Allah SWT melihat penuturan sang semut. Memang Allah SWT Maha Pemberi. Kerana ketaatan semut ini kepada perintah Allah SWT dan RasulNya, hingga semut ini menjadi salah satu penghuni syurga nanti..



pengajaran daripada cerita nie ialah:

- sentiasa taat pada perintah Allah dan rasul
- punya sifat tawakal kepada Allah yang tinggi
- rajin berusaha walaupun tahu Allah Maha Pemberi
- sentiasa beristughfar dan bertasbih memuji kebesaran Allah SWT..

amacam kawan- kawan..kalau semut Nabi Sulaiman boleh buat..kenapa tidak kita yang Allah ciptakan cukup lengkap dengan akal dan segala pancaindera..

SUBHANALLAH..ALHAMDULILLAH..ALLAHHUAKBAR..

inilah sejarah nama blog semut sulaiman di ambil..=)